Young Master ![]()
♦ vedere la mia storia
♦ mi conosci di più ♦ ho molti amici Be talkative Credits ![]() Begini Caranya
Writter: Khairul Nasri Helped: colour; picture; All rights reserved ® Khairul Nasri 2011-2012.
| ★FILEM TERBAIK 2011
Saturday, 9 April 2011 // 0 narnian
KL GANGSTER ![]() Filem terbaru Sentuhan Syamsul Yusof, KL Gangster rancak jalani penggambaran untuk papar dunia kongsi gelap KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini. Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar! “Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous. “Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan. “Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu. Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum. Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan. “Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap. “Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi. “Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi. Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan. INFO: KL Gangster GENRE: Aksi drama TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya) PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff SKRIP: Syamsul dan Rizal PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010 LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati) KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta JANGKA TAYANG: Awal 2011. KONGSI merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Sharif (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru hara dengan kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap tersebut. Penyiasatan ASP Sharif dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Namun, segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu. Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Sharif. ASP Sharif juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ianya tidak mematahkan semangat ASP Sharif dalam menjalankan tugasnya. Apa kesudahannya? Dapatkah Tumulak di tangkap? Sama-sama nantikan KONGSI dipawagam berdekatan anda…Lu Langsi Lu Mati. *Senarai krew yang terlibat dalam proses pembikinan dan penerbitan filem Kongsi 2011 Produksi: MIG Production Sdn. Bhd. Penerbit: David Teo Pengarah: Farid Kamil Penolong Pengarah 1: Ismail Hasim Penolong Pengarah 2: Shahizan Sahip Konti: Wan Suriya Wan Deraman Skrip: Panel MIG Koordinator: Faten Syamimie Abd Aziz Penolong Pengurus Produksi: Mohd Azaromi Ghozali Pengarah Seni: Ahmad Rusli Mohd Khadri Pengarah Fotografi: Mohamad Ridhuwan Zainal Abidin Penolong Pengarah Seni 1: Mohd Daniel Hafizal Abd. Razak Prop Man: Mohd Azizi Abdul Aziz Mekap: Azman Safie Wardrobe: Nor Diana Arshad Action Fight Cordinator: Rubindran Nair A/L Govendan The Making Of: Mohd Ikhram Izzazuddin (Atom) Still Photo: Tan Shier Penyelaras Produksi: Azahari Abdul Hamid Runner: Muhammad Abu Baihaki Barsir Pelakon: Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert). |